Friday, 24 May 2013

Cerita je..

  Sheyra mula merasa bosan setelah dia sudah menghabiskan baca novel yang bertajuk Sebenarnya,Saya Isteri Dia yang juga sedang hangat dimainkan di kaca televisyen sekarang. Setiap hari jumaat jam 9 malam hanya di TV 3 ! Sedang dia leka di depan kaca televisyen,tiba-tiba dia terasa ingin sms kawan baiknya merangkap sahabat karibnya semasa belajar di sekolah menengah lagi.

P:/Assalamualaikum..kau boleh tak teman aku keluar kejap hari nih? Sebab aku ada barang nak beli nih tapi takkan aku  sorang-sorang je kot keluar. . (merajuk)

L:/Wassalam..sory ar aku tak dapat teman kau sebab aku ada hal la dengan kawan-kawan aku..

P:/Larr ..yeke?xpela ..aku baru ingat nak ajak kau pegi Rawang sebab aku nak cari buku.

L:/Aku malaslah nak pegi dua kali situ sebab mlm nanti aku pun nk keluar dengan kawan aku pukul 11.30 tgk wayang.

P:/Yela..kalau cam nih aku nak tacing ar..dah la keluar tak ajak aku pun.

L:/Tacing la sampai bengkak sekalipun aku tak heran..lagipun kawan-kawan aku semuanya laki n kau mana boleh keluar mlm sebab kau tu perempuan.

P:/Haha..caring juga kau kan..takpe la kalau macam tu..akunak keluar blh je tp aku takde lesen motor larr..moto ada je kat rumah aku nih hah lain la mcm kau dah ada lesen tak pe la..

    "Herm..nampaknya aku duduk kat rumah je la. Ajak si Fahimi keluar ada hal la pulak. Takpe la tengok tv je lagi bagus"bisik hati kecil Sheyra.
    Tidak lama kemudian ada satu sms masuk di telefon bimbit kesayangannya yang berwarna pink itu.

L:/Jom keluar sekarang

P:/Ok jom!

"Hai biar betul mamat nih? Tadi bukan ke kata ada hal dengan kawan dia kejap lagi tapi nih ajak aku keluaar pulak! Okay kalau macam tuh lebih baik aku pergi bersiap-siap dulu"gumamnya sendirian.

L:/ Aku otw(on the way)

L:/ Rumah kau yang mana satu nih aku tak ingat la..cuba kau keluar kejap

P:/ No 17 kau tengok dari kanan kau nanti jumpa la rumah aku..tapi tunggu aku kejap tengah bersiap nih.

 Sheyra mula mengenakan jeans dan Tshirt yang dipakainya pagi tadi dan sarung tudung bawal hitam yang sudah pun tergosok elok yang berada di sofa bahagian ruang tamu itu. Setelah bersiap,dia sempat memakai baby powder johnson itu dengan keadaan yang kelam kabut. Dia menjenguk keluar halamannya dan kelihatan Fahimi sedang menunggu di dalam kereta Waja berwarna silver itu.Sebaik sahaja kunci pintu rumah,dia terus masuk ke dalam perut kereta Waja milik temannya itu. Dia berpaling seketika melihat wajah sahabat yang dirinduinya itu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Rindu ke?"soal Fahimi dengan senyuman sinis.

"Macam mana pulak aku tak perasan nih? Lama sangat ke aku pandang dia sampai dia tegur aku pun tak sedar nih? Apa aku nak jawab kat dia nih..ahh!"bisik hati kecilnya.

"Mestilah sebab dah lama tak jumpa kau sejak kita belajar ni.."balas Sheyra.

"So kita nak pergi mana sekarang ni? Aeon ke sebab kau kata tadi nak beli buku kan?"soal Fahimi lagi.

"Haah..lagi pun ada barang nak beli kat kedai Popular tu"balas Sheyra lagi.

  Fahimi hanya mengangguk sahaja tanda faham akan kata-kata yang dimaksudkan oleh temannya itu. Dia lebih suka fokuskan kepada pemanduannya itu kerana dia bimbang jika terjadi apa-apa nanti. Keadaan yang riuh rendah menjadi sunyi dan ditemani dengan alunan muzik sahaja. Sheyra hanya melemparkan pandangan keluar kerana tidak tahu apa lagi untuk dibicara lagi.

"Aduh! Jammed la pulak petang macam ni.. Herm.."sebuah keluhan dilepaskan dari bibir teman lelakinya itu.

"Ala..biasa la tu petang macam ni memang jammed pun jalan sebab esok kan Wesak day"balas Sheyra dengan harapan dapat melegakan hati Fahimi merangkap sahabat karibnya.

  Fahimi hanya mengeluh sahaja kerana badan dia mula terasa letih. Sheyra yang berada di sebelah tempat dia memandu itu dikerling sekilas. "Herm..makin comel kawan aku ni. Tapi dia memang comel pun dari dulu lagi. Aku je yang tak perasan"bisik hati kecilnya dan tanpa dia sedari,dia melemparkan sebuah senyuman lebar. Sheyra berdehem dan serentak itu angan-angan Fahimi mula hilang dan seyuman yang terukir dibibirnya itu dipadam begitu sahaja.

"Bila nak sampai ni? Aku bosan la duduk dalam kereta lama-lama."Sheyra tiba-tiba sahaja bersuara mengemukakan keluhannya itu.

"Dah nak sampai pun. Aku ni lagi bosan dari kau tahu sebab aku yang drive nih takde pulak nak mengeluh."balas Fahimi dengan nada sinis. Bosan ke?atau tak selesa dengan aku? Sebab dari tadi aku tengok kau macam cacing kepanasan je dalam kereta ni ditambah pula jalan sesak macam ini. Memang patut la kau diam dari tadi macam orang hilang kata sahaja. Namun,kata-kata itu hanyalah di dalam hati tidak terluah di bibir. Bimbang juga jika kawan dia makan hati denganya nanti.

----->CONTINUE

Thursday, 23 May 2013

Sebenarnya saya teringin juga nak buat novel tapi saya tak ada  masa nak spent time ..
walau apa pun saya akan cuba yang terbaik..
Kini bermulalah kisah-kisah yang menarik tentang percintaan..
hurm .. sudah pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik sangat tentang percintaan ini kan ?
baiklah saya akan cerita tapi bukan sekarang lah sebab saya ada hal sebentar. .


Sebelum saya undurkan diri saya nak tahu ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK MENGETAHUI KISAH PERCINTAAN DI ABAD INI ?
Jika YA,pasti anda pernah mengalaminya atau bakal mengalami alam percintaan ini bukan ?
Jika TIDAK,sudahpasti anda pernah mengalami percintaan ini pada usia yang muda dan mungkin anda pernah mengalami tragedis yang memang tidak boleh dilupakan ..
So,apa kata anda berkongsi cerita anda kepada saya. .
Mungkin saya boleh tolong tapi saya tak adalah hebat sangat dalam percintaan ini sebab apa yang saya tahu pun hanyalah dalam sebuah novel sahaja yang berada di pasaran sekarang!